Pages

Sejarah Sekolah

          


           Sekolah ini mula beroperasi pada 16 Jun 2004. Dilancarkan pembukaannya oleh En Wahab Bin Sungib, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Sekolah ini dibina di atas tapak Lot PTD 1288 & 1292, Bandar Nusajaya, Mukim Jelutong, Johor Bahru, Johor. Keluasan tapaknya ialah 9 ekar. Kerja-kerja asas pembinaan telah dimulakan pada 1 oktober 2000. Seroja Engineering Sdn. Bhd. Shah Alam adalah pemaju projek pembangunan sekolah yang telah dilantik dan dipertanggungjawabkan membina sekolah ini. Perunding reka bentuk dihasilkan oleh Budiman Ismail Consulting Engineer, Desa Pandan Kuala Lumpur. Sekolah ini dibina mengikut konsep "Design & Build" dan siap sepenuhnya pada 28 ogos 2003.

              Sekolah ini pada mulanya diberi naka SMK Nusantara. Tapak pembinaan adalah berhadapan dengan Rumah Pangsa Rakyat Bukit Tempurung. Atas sebab tertentu, pihak pemaju telah memindahkan pembinaannya sebanyak dua kali sebelum menetapkannya bersebelahan tanah perkuburan Cina. Nama sekolah ini ditukarkan kepada SMK Taman Nusajaya disebabkan masalah tuntutan. Setelah siap sepenuhnya, sekolah ini telah ditadbir oleh seorang penyelaras iaitu Pn. Wan Intan Binti Wan Chik.

               Pengetua pertama iaitu Tuan Haji Madon Ridzuan mengambil alih pada 1 Januari 2004. Walaubagaimanapun, beliau menumpang di SMK Gelang Patah sehinggalah bangunan ini diserahkan kepada Bahagian Pembangunan JPNJ pada 6 Jun 2004. Seramai 118 pelajar tingkatan 1 dan 2 serta 11 orang guru perintis asas di sekolah ini. Kesemua pelajar tersebut adalah pelajar SMK Gelang Patah yang tinggal di kawasan Kg. Ulu Pulai, Kg. Pulai, Kg. Bukit Tempurung dan Taman Nusa Perintis. Setelah Tuan Haji Madon Ridzuan bersara, sekolah ini telah diterajui oleh Pn Wan Intan Binti Wan Chik sebagai Pengetua SMK Taman Nusajaya sehingga tahun 2013. Pentadbiran SMKTNJ diterajui pula oleh En. Juhair Bin Jumaat selama hampir setahun setengah sebelum beliau berpindah dan pada akhir tahun 2014 SMK Taman Nusajaya dipmpin oleh Tn. Hj. Md Ali Bin Abdullah sehingga kini. Hasil usaha dan kerjasama daripada semua pihak telah menjadikan SMK Taman Nusajaya sebuah sekolah menengah yang maju dan berdaa saing serta seiring dengan usaha kerajaan dalam melahirkan bangsa Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Tahniah kepada semua!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan