Pages

Karnival 10 Tahun SMKTNJ

         Pada hari Khamis dan Jumaat(10 & 11.9.2015) yang lalu SMKTNJ sekali lagi menarik perhatian apabila berjaya menganjurkan Karnival 10 Tahun SMKTNJ dengan kerjasama PIBG. Perasmian pembukaan program ini telah disempurnakan oleh Pn. Wahyu Hidayati binti Mukhlis, Pegawai Pejabat Exco Kerajaan negeri Johor.  Karnival yang berkonsepkan rekreasi dan pendidikan ini diisi dengan aktiviti jualan, pameran pendidikan dan inovasi. Selain itu, pengunjung juga boleh merasai pengalaman menunggang kuda, menaiki kereta kuda dan menaiki buggy (kereta golf). Perasmian penutup karnival pula telah dirasmikan oleh Yg Berbahagia Tn. Hj Mohamad Khairi Bin Abd Malik, Ketua UMNO Gelang Patah merangkap setiausaha politik menteri besar Johor. Beliau juga sudi bersama-sama sepanjang program kemuncak karnival iaitu ceramah perdana oleh Datuk Ustaz Mohd Kazim Bin Elias. Karnival 10 tahun SMKTNJ melabuhkan tirai dengan percikan bunga api yang sangat mengujakan penonton. Pihak sekolah sangat berbesar hati atas kerjasama dan sumbangan keringkat yang dicurahkan oleh PIBG SMKTNJ. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru, staf sekolah, penaja-penaja dan pengunjung atas kesudian menjayakan program ini. Kerjayaan program ini membuktikan komitmen pihak sekolah dalam menjana SARANA Sekolah yang lebih mapan dan efisyen bersama agensi luar.






Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan