Pages

Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan Kemerdekaan.

       Sempena Hari Kemerdekaan Tahun 2015, Bidang Sains Kemasyarakatan SMKTNJ telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan Kemerdekaan SMKTNJ pada 16 Ogos 2015. Majlis Pelancaran ini telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran En. Mohd Nasir bin Mohd Nor di Dataran Perhimpunan sekolah. Majlis Pelancaran telah dimulakan dengan deklamasi sajak-sajak patriotisme diikuti oleh ucapan pelancaran Bulan Penghayatan Kemerdekaan 2015. Seterusnya En. Nasir telah membaca skrol kemerdekaan yang mengandungi akujanji warga SMKTNJ untuk menghayati tema Kemerdekaan 2015 iaitu ‪#‎sehati‬ sejiwa diikuti majlis memacakkan Jalur Gemilang di kereta-kereta pentadbir SMKTNJ. 

       Bulan Penghayatan Kemerdekaan tahun 2015 akan berlangsung mulai 16.8.15 hingga 15.9.15. Pelbagai aktiviti yang menyemarakkan semangat patriotisme dan dapat membentuk identiti nasional dalam kalangan warga sekolah akan dijalankan sepanjang bulan penghayatan kemerdekaan ini. Semoga semua warga SMKTNJ akan sama-sama mendokong tema #sehati sejiwa untuk menjayakan aktiviti-aktiviti yang dirancang agar dapat memenuhi aspirasi negara.


Teks              : Pn. Selvamalar A/P Arumugam
Foto & Editor : En. Yap Chin Kent


Tema Hari Kemerdekaan 2015 #sehati sejiwa.

Pelajar yang terdiri daripada berbilang bangsa dan kaum turut serta dalam Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan Kemerdekaan.

En. Nasir bin Md Nor telah merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan Kemerdekaan 2015.

Puan Selvamalar AP Arumugam telah memacakkan bendera Malaysia di dalam keretanya.






Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan