Pages

Seminar PT3

       Satu seminar PT3 telah diadakan di dewan kuliah 6(P3) Universiti Teknologi  pada 14hb - 15hb Ogos 2015 yang lalu. Pihak yang terlibat dalam penganjuran seminar tersebut ialah UEM Sunrise dengan kerjasama Berita Harian. Seminar yang dijalankan selama 2 hari ini  adalah satu program yang dilaksanakan untuk meningkatkan kecemerlangan dan pencapaian PT3 para pelajar SMK Taman Nusa Jaya. Seminar ini adalah khusus bagi mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

      Di antara guru yang terlibat sepanjang seminar dilaksanakan ialah En. Nasir bin Md. Nor, CikNazihah, Pn. Khairani, Pn. Arffarica, Pn. Nur Faizah, Pn. Maslina, Pn. Maziana, Cik Suriayati, Pn. Noorhayati Abu Bakar, Cik Nurul Bariah, Cik Romaina Elly, Cik Zurina, Pn, Sri Murni, Pn. Nurul Hafidzah, En. Mohd Radhi, Pn. Boon dan Pn. Syazwani. Melalui program ini, diharap usaha untuk melonjakkan prestasi PT3 SMKTNJ akan menjadi realiti.

Teks dan foto: Pn. Khairani binti Ahmad
Editor            : En. Yap Chin Kent

 Pelajar-pelajar yang terlibat dalam seminar.

 Penumpuan diberikan sepenuhnya oleh pelajar semasa penceramah memberi penerangan.

 Pelajar begitu bersemangat semasa seminar dijalankan.

Pelajar sedang membuat latihan yang disediakan oleh pihak penganjur.

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan