Pages

Program Pengurusan Jenazah ( Pelajar Perempuan Tingkatan 3 SMK Taman Nusajaya )

Oleh  : Nur Lidiana Edyanti Bt Mohd Esa
Foto  : Pn Noryana Bt Ismail


Program Pengurusan Jenazah
Pelajar Perempuan Tingkatan 3
22 April 2015


Program pengurusan jenazah yang di anjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SMK Taman Nusajaya pada 22 April 2015 bertempat di Surau SMKTNJ. Program ini bertujuan untuk mendedahkan disamping memberi kesedaran kepada para pelajar perempuan tentang kepentingan dan ketertiban dalam menguruskan jenazah wanita. Selain itu, pendedahan program itu juga dapat memberikan pengalaman hampir serupa kepada situasi sebenar semasa menguruskan jenazah. Bermula daripada penyediaan bahan-bahan untuk mengkafankan jenazah, tertib mandian untuk jenazah, cara-cara mengkafankan jenazah, solat jenazah dan lain-lain lagi semuanya ditunjukkan secara telus, teliti dan jelas oleh moderator berpengalaman iaitu Pn. Hjh Rahmah Bt Hj. Rahmat. Tahniah dan syabas diucapkan kepada moderator jemputan dan juga para jawatankuasa guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan program ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini. Segala kekurangan dapat dimaafkan dan segala ilmu yang diperoleh semasa program dapat dimanfaatkan bersama-sama untuk keharmonian sejagat.


Syabas kepada pelajar tingkatan 3 Dedikasi kerana sudi menjadi model jenazah

Moderator Pn Hjh Rahmah Bt Hj Rahmat sedang menunjukkan cara-cara mengkafankan jenazah yang betul

Proses mengemas ikatan pada jenazah yang hampir siap dikafankan

Moderator dibantu secara langsung dalam proses mengkafankan jenazah

Tunjuk cara proses memandikan dan membersihkan jenazah yang betul

Moderator menjelaskan dengan terperinci perkara yang perlu dilakukan semasa mengkafankan jenazah

Para pelajar bersemangat untuk melihat sendiri proses mengkafankan jenazah dengan lebih dekat.

Antara bahan-bahan yang digunakan untuk mengkafan jenazah ialah kain kafan putih, kapas, air mawar, sarung tangan dan lain-lain lagi.

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

1 ulasan: