Pages

PROGRAM KEMPEN LEBIHKAN MAKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN PERINGKAT NEGERI JOHOR 2015

Pada 18 Ogos 2015, Sebanyak 15 sekolah menengah dan rendah daerah Johor Bahru telah dijemput menyertai Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan di Sekolah bagi tahun 2015. Program tahunan anjuran FAMA dan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor ini telah diadakan di SMK Medini Nusajaya. Sepanjang program tersebut beberapa aktiviti telah dijalankan antaranya :

Pertandingan Ciptaan Desert Buah-Buahan
Pertandingan Explorace
Pertandingan Ciptaan Grafik Berkonsepkan Buah-Buahan
Pertandingan Mengarang


 SMK Taman Nusa Jaya telah menghantar wakil pelajar untuk meyertai kesemua pertandingan diatas dan telah merangkul Juara dalam pertandingan Ciptaan Grafik Berkonsepkan Buah-Buahan dan juga tempat ketiga dalam pertandingan Explorace.

Tahniah Diucapkan!!!


            Para peserta bergambar kenang-kenangan bersama Tuan Haji Md Ali Bin Abdullah, Pengetua SMK Taman Nusa Jaya, yang hadir bagi memberi sokongan kepada pelajar.


Barisan pelajar bersama guru pengiring yang menyertai Exporace 


Fauziana & Nurul Huda menyertai pertandingan ciptaan desert buah-buahan


Nur Wani Nadhirah sedang mengarang


Mohamad Nur Amirul Bin Yusni dengan hasil ciptaan grafiknya dalam Pertandingan Ciptaan Grafik Berkonsepkan Buah-Buahan


Juara Pertandingan ciptaan grafik,Mohamad Nur Amirul Bin Yusni   sedang menerima hadiah yang disampaikan oleh ADUN Semerah, Batu Pahat



Mohamad Shamim Bin Mohd Firdaus sedang menerima hadiah tempat ketiga dalam pertandingan explorace.

Tahniah diucapkan kepada Tuan Pengetua, Guru Pengiring dan pelajar  yang terlibat dalam program Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan di Sekolah bagi tahun 2015.







Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan