Pages

FESTIVAL PENGAKAP PENGHUJUNG BENUA ASIA 2015


Buat julung kalinya, pada 28 hingga 31 Ogos yang lalu, Pengakap Kumpulan JB 220 SMK Taman Nusa Jaya telah dijemput khas mewakili Johor Bahru dan Johor ke Festival Pengakap Penghujung Benua Asia Peringkat Kebangsaan 2015 bertempat di SMK Dato Penggawa Barat Pontian Johor. Seramai 10 orang ahli terpilih khas terdiri daripada 6 ahli lelaki dan 4 ahli perempuan membawa nama baik sekolah dan seluruh organisasi kepimpinan Persekutuan Pengakap Negeri Johor.

Untuk pengetahuan, festival ini sebenarnya terbuka hanya untuk Sekolah-sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) sahaja. Sejumlah 25 SBT daripada seluruh negara terlibat sama seperti Sekolah Alam Shah, Wilayah Persekutuan, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Melaka, Sekolah Sains Machang, Kelantan Sekolah Imtiaz Besut, Terengganu, Sekolah Menengah Sains Tunku Munawir, Negeri Sembilan dan Sekolah Menengah Sains Syed Putra, Perlis.

Penyertaan sekolah dalam kelompok 500 ahli pengakap SBT tetap berjaya dan mengungguli anugerah gangsa dalam dalam festival berkenaan. 

Dalam  festival berkenaan, pemimpin pengakap kita, cikgu Nasaruddin Bin Nasir turut telah diiktiraf sebagai penerima tauliah 2 butir manikayu oleh Persekutuan Pengakap Malaysia, iaitu anugerah tertinggi untuk Pengakap Remaja. Kalungan tersebut  disampaikan sendiri oleh Pesuruhjaya Pengakap Johor iaitu Tuan Haji Yaakob Bin Abd Karim. 



                        Para peserta bersiap sedia bertolak ke tapak festival di pontian

                       Peserta pengakap sedang membuat persiapan memasang khemah


                                                                Istidadat pagi pengakap

                            Barisan peserta lelaki dari kiri : Hafiz,Shamim,Akram,Shahriz,Asyraf,Afif

                            Barisan peserta perempuan dari kiri : Farah Wahidah, Hamimie Fatiha,
                                            Cikgu Nasaruddin, HAirun Nazirah, Nur Shakila


                          Gambar kenangan bersama peserta dari IMTIAZ, Besut Terengganu
        

                        Barisan pemmpin daripada pelbagai sekolah SBT seluruh negara

                        En Nasaruddin bergambar kenangan bersama Pengetua SMK Dato Penggawa Barat, Pontian (dua dari kiri) Tuan Haji Hashim selepas majlis perkalungan Manikayu 2 Butir.

                            Basrisan peserta SMK Taman Nusa Jaya selepas majlis penutupan rasmi.


              Kenangan bersama pelajar semasa lawatan di Taman Negara Kukup, Pontian

 En Nasaruddin mengalungkan 'Scarf' Festival Penghujung Benua Asia kepada 
Tuan Haji Md Ali Bin Abdullah, Pengetua SMK Taman Nusa Jaya.


 
                             Barisan peserta festival dan pemimpin bergambar bersama selepas majlis penyampaian sijil di perhimpunan pagi.


                            Puan Hajah Habibah Binti Atan, Pen Kanan Ko-kurikulum menyampaikan cenderamata program daripada urusetia festival kepada Tuan Pengetua.






Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan