Pages

Jambori Pengakap Antarabangsa Singapura

Jambori Pengakap Antarabangsa Singapura

Alhamdulillah, penutup lembaran 2015 pengakap kumpulan 220JB SMK Taman Nusa Jaya diakhiri dengan kejayaan sebagai duta kecil Malaysia ke Jambori Pengakap Antarabangsa Singapura bersempena Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan Singapura pada 17 hingga 22 November lalu di Serimbun Camp Site, Singapura. KONTINJEN MALAYSIA telah diwakili seramai 94 ahli pengakap terdiri daripada ahli pengakap Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan negeri Johor. Seramai 5 orang ahli pengakap Smk Taman Nusa Jaya iaitu seorang lelaki dan 4 perempuan di bawah pimpinan En. Nasaruddin Bin Nasir, jambori yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Singapura, Mr Teo Chee Hean itu turut disertai lebih 20 buah negara iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia, Jepun, Perancis, Thailand, Sri Lanka, India, Bangladesh, Maldives, Filipina, Brunei, Cambodia, Amerika Syarikat, Korea dan Taiwan.

Sepanjang 6 hari 5 malam di sana, pelbagai aktiviti diadakan seperti flying fox, kayak, roket air, dron, rekreasi dan lawatan. Utuk pengetahuan semua, atas komitmen berterusan terhadap semua aktiviti dan acara yang berlangsung, wakil sekolah kita dengan ini telah dianugerahkan lencana pencapaian emas dan sekaligus menerima sijil pencapaian di peringkat antarabangsa.

Berikut senarai duta-duta kecil Malaysia:

1. Mohd Shamim Bin Mohd Firdaus 5T1
2. Hamimie Fatihah Bt Husman 5T1
3. Nur Farah Wahidah Bt Zainuddin 5T1
4. Nurzarifah Atiqah Bt Abu Zailani 5T3
5. SITI NURRABIATUL ADAWIYAH BT GHAZALI

Tahniah diucapkan!






Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan