Pages

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2015

Oleh  : Nur Lidiana Edyanti Bt Mohd Esa
Foto  : En. Yap Chin Kent & Pn Selvamalar Arumugam

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
Ahad, 17 Mei 2015
SMK Taman Nusajaya


Sempena sambutan hari guru peringkat sekolah pada 17 Mei 2015 yang lalu, kelab kebirus telah menganjurkan pelbagai aktiviti bersama-sama dengan pihak PIBG sekolah. Sambutan tersebut telah berlangsung dengan meriah dan lancar mengikut tentatif yang telah dirancang. Selain itu, pihak sekolah telah menerima kunjungan hormat daripada YB Khairi, selaku Setiausaha Menteri Besar Johor. Tuan Pengetua  SMKTNJ, Tn. Hj. Md. Ali Bin Abdullah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan hari guru yang julung kalinya disambut dengan tema "Back To School". Berikut merupakan beberapa pengisian dan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang program :

1.  Perarakan sambutan tetamu VVIP dengan paluan kompang dan silat.
2.  Nyanyian lagu Sekolah, lagu Bangsa Johor, dan lagu Negaraku 
    diikuti dengan bacaan Ikrar.
3.  Nyanyian lagu "Kami Guru Malaysia".
4.  Ucapan perutusan-perutusan.
5.  Perasmian
6.  Persembahan nyanyian oleh guru.
7.  Acara memotong kek.
8.  Aktiviti sukaneka (Guru Perempuan)dan Futsal (PIBG&Guru Lelaki).
9.  Persembahan para pelajar.
10. Penyampaian hadiah.
11. Jamuan guru dan pertukaran hadiah antara para guru.
Mumia tisu

Guru-guru bergaya dengan uniform sekolah masing masing

Barisan guru-guru wanita SMKTNJ yang ayu dan jelita menggayakan pakaian sekolah masing-masing

Persembahan nyanyian oleh para guru SMKTNJ

Sesi bergambar bersama para pentadbir SMKTNJ

Ucapan penghargaan oleh ketua pengawas sekolah

Acara mengasingkan bahan-bahan yang halus semasa sukaneka

Kegembiraan para pelajar menyambut hari guru

Gerak serentak

Kunjungan kehormat oleh YB Khairi

Sesi bergambar bersama para guru

Para guru diarak dengan meriah diiringi oleh paluan kompang ketika sambutan berlangsung

Puan Khairani in action!

Ucapan oleh yang dihormati Tn Hj. Md. Ali bin Abdullah

Kunjungan kehormat oleh YB Khairi

Kegembiraan para guru ketika membuat persembahan semasa hari guru

Cikgu sue!

Upacara kemuncak iaitu memotong kek sempena hari guru 2015

Kumpulan kompang sekolah yang bersemangat menjayakan program

Tema Back To School

Persembahan silat daripada pelajar-pelajar silat

Berdiri dari kiri : En Nasaruddin, Ustaz Masjuki, Tn Hj. Md. Ali Abdullah dan En Zaidi

YB Khairi menyempurnakan doa buat warga SMKTNJ sebagai hadiah yang paling bermakna



Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan