Pages

Bengkel Pembelajaran Abad ke-21

Oleh  : Nur Lidiana Edyanti Bt Mohd Esa
Foto  : En. Yap Chin Kent

Bengkel Pembelajaran Abad Ke 21
Selasa, 19 Mei 2015
SMK Taman Nusajaya

Pada 19 Mei 2015 yang lalu, pihak sekolah telah menganjurkan satu bengkel untuk Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang berkaitan dengan pembelajaran abad ke 21. Bengkel yang dikendalikan oleh tiga orang pegawai SISC+ ini berjaya menarik minat dan menambah pengetahuan sedia ada warga SMKTNJ untuk menjadi lebih cemerlang dan mapan. Bengkel yang berlangsung selama hampir 3 jam ini turut memberikan kesan positif dalam membantu para pendidik untuk meningkatkan gaya peyampaian dan juga berkongsi kaedah-kaedah pengajaran yang boleh mendatangkan impak positif untuk kendiri dan pihak sekolah khususnya. Tuan pengetua, Tn. Hj. Md. Ali Bin Abdullah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga SMKTNJ yang telah sama-sama menjayakan program ini dengan begitu cemerlang. Terima kasih diucapkan.


Penyampaian cenderahati kepada Md Marzuki Bin Abd Malek ( SISC+)

Penyampaian cenderahati kepada Pn. Khairiah Bt Mohd Pauzi ( SISC+)

Wakil guru yang membentangkan hasil tugasan mereka

Para guru yang sedang khusyuk mendengar taklimat dan arahan daripada pegawai yang terbabit

Aktiviti yang dilaksanakan dalam kumpulan

Hasil kerja guru-guru yang terlibat

Perbincangan antara ahli kumpulan

Penyampaian cenderahati kepada Pn Azalina Bt Raya ( SISC+)

Penerangan dan taklimat yang mendalam oleh pegawai SISC+ yang terlibat

Pn Arfah Bt Rail yang sedang khusyuk menjalankan aktiviti

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan