Pages

BERKEMBARA KE NEGERI PERAK

     Pada 14 hingga 17 November 2015 yang lepas, seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada guru dan pelajar tingkatan 3 telah menyertai Program Kembara Ilmu 2015 ke Negeri Perak Darul Ridzuan. Program ini merupakan program tahunan SMK Taman Nusa Jaya dan pada tahun ini Negeri Perak dipilih untuk dilawati. Objektif diadakan Kembara Ilmu ini adalah untuk membawa pelajar melihat dunia luar agar mencambahkan daya kretiviti, kesedaran diri, pengalaman dan keseronokan yang sangat bermakna kepada setiap peserta. Antara tempat yang dilawati oleh peserta kembara Ilmu kali ini adalah Zoo Taiping, Muzium Geologi, Gua Kandu, SM Sains Tapah, Hot Spring Sungai Klah, Menara Condong Teluk Intan dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Semoga pada masa akan datang SMK Taman Nusa Jaya akan terus dapat melaksanakan program yang bermanfaat seperti Kembara Ilmu 2015 ke Negeri Perak ini.

Teks dan Foto: En. Muhd Hafiez bin Dzulkarnain
Editor               : En. Yap Chin Kent       





Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan