Tanggal 31hb Ogos 2015, negara kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-58. Bagi membantu semua warga SMK Taman Nusa Jaya mengenali Hari Kemerdekaan dan nilai kemerdekaan untuk kesejahteraan, Bidang Sains Kemasyarakatan telah meraikan ambang kemerdekaan ini dengan beberapa aktiviti yang menarik. Murid-murid tingkatan 4ST telah mempersembahkan sketsa " Peristiwa Bukit Kepong" diikuti deklamasi sajak kemerdekaan. "Laungan Kemerdekaan" sebanyak 7 kali dilakukan oleh wakil guru dan wakil pelajar. Seterusnya pelajar menyanyi beramai-ramai lagu-lagu kemerdekaan, diikuti oleh penulisan ucapan kemerdekaan oleh Tuan Pengetua SMKTNJ, Tn. Hj Md. Ali bin Abdullah dan para guru.
MALAYSIA #SEHATISEJIWA
Teks : Pn. Selvamalar A/P Arumugam
Foto & Editor: En. Yap Chin Kent
Tiada ulasan:
Catat Ulasan