Foto : Pn Salmi Bt Mahat
Dialog Prestasi Bil (6) : KAJIAN TINDAKAN
Bilik Mesyuarat
SMK Taman Nusajaya
Penulisan dan juga pendidikan tidak dapat dipisah. Penulisan dapat mendidik seseorang semasa proses pembacaan berlangsung dimana ilmu yang dicerap daripada penulisan yang dibaca kemudiannya diaplikasikan dalam kehidupan si pembaca kearah yang lebih bermakna. Oleh itu, sebagai pendidik, penghasilan satu penulisan yang bermakna amatlah perlu untuk membantu seseorang dalam membentuk pemahaman dan kefahaman yang bermakna. Terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa penganjur penulisan Kajian Tindakan untuk warga SMKTNJ iaitu Pn Selvamalar A/P Arumugam. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua diatas penyertaan dan maklumbalas yang positif daripada warga pendidik SMKTNJ.
Para guru sedang tekun membuat penulisan kajian tindakan. |
Penulisan kajian tindakan merujuk kepada refleksi pengajaran dan pembelajaran sebagai pengukur kualiti penulisan |
Penerangan oleh moderator , Pn Selvamar Arumugam , jelas dan terperinci kepada para guru yang terlibat secara langsung |
Fokus dalam menyiapkan penulisan Kajian Tindakan yang bermakna |
Kerjasama yang sangat positif daripada semua. Syabas dan tahniah! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan